|
Abdul Aziz Mustakim, 44, yang memperoleh markah 92.17 peratus muncul sebagai johan qari manakala johan qariah dimenangi penyandang Amnah Ayup, 37, yang memperoleh markah 94.5 peratus.
Abdul Aziz, yang berasal dari Johor, dan Amnah dari Sarawak, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM13,887, sijil penyertaan dan piala pusingan. Qari dan qariah Indonesia, Darwin Hasibuan dan Hasbia Lambutolo masing-masing menduduki tempat kedua bahagian qari dan qariah tilawah. Tempat ketiga bahagian qari dimenangi oleh peserta Afrika Selatan, Harun Moos manakala bahagian qariah dimenangi oleh peserta Thailand, Kanokwan Sukthawon @ Mashitah Ibrahim. Seramai 67 peserta terdiri daripada 41 qari dan 26 qariah dari 44 negara mengambil bahagian pada tilawah bertemakan 'Insan Cemerlang Ummah Terbilang', yang berlangsung sejak Khamis lalu, 16 Ogos 2008. |
| Leave a Comment: |