Musabaqah Tilawah Al Quran Anjuran Masjid Jamiyah Ar-Rabitah pada 4 Ogos 07

Seramai 42 orang telah mengambil bahagian dalam Musabaqah Tilawah Al Quran 2007 anjuran masjid Jamiyah Ar Rabitah yang berlangsung pada 4 Ogos 07 pada jam 5 petang. Saudara Mohd Ali juga turut mengambil bahagian dengan menyampaikan bacaan ayat suci Al Quran cara Arabia, Timur Tengah.... MasyaAllah!!
Firman Allah dalam Surah Thaha ayat 113 yang terjemahannya bermaksud;"Dan demikianlah Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali, di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka bertakwa atau (agar) Al Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka."
Kelihatan diatas ini antara para hadirin yang turut hadir untuk menyaksikan MTQ dan juga para peserta yang menunggu giliran masing2 untuk membacakan ayat suci Al Quran pada petang semalam. Majlis berakhir lebih kurang jam 12.30 malam. Setiap peserta yang mengambil bahagian membawa pulang sijil penyertaan and sebuah cenderamata.